Pages

Sunday, May 20, 2012

PB vs Traditional





Bagi ibu-ibu yang lepas bersalin digalakkan memakai bengkung. Ia telah menjadi amalan sejak turun temurun.
Akan tetapi, ramai yang mengadu mengenai kesukaran memakai bengkung tradisional. Oleh yang demikian, alangkah baik jika ada sejenis bengkung yang dapat mengatasi rungutan mereka? Di bawah dibandingkan rungutan para pengguna bengkung tradisional dan bagaimana set korset Premium Beautiful dapat membantu:

Rungutan 1 - Tidak selesa kepada si pemakai

Ramai yang memakai bengkung tradisional yang mengadu mereka terpaksa melalui tempoh masa yang memeritkan. Biasanya, bengkung tradisional diperbuat daripada material yang kasar. Pergerakan mereka juga terbatas kerana material bengkung tradisional tidak boleh ‘strecth’, yang diistilahkan sebagai ‘berjalan macam robot’.

Premium Beautiful - Boleh ditarik ke serata arah

Material korset Premium Beatiful diperbuat daripada material lembut yang boleh ditarik ke serata arah. Ini membenarkan korset mengikut bentuk tubuh pemakai semasa bergerak.

Rungutan 2 - Mengambil masa untuk memakainya

Kaedah pemakaian bengkung tradisional memerlukan lilitan yang khusus. Dan ia mengambil masa!

Premium Beautiful - Sarung, klip, siap

Pemakaian korset Premium Beautiful amat mudah. Korset dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu brassiere, girdle dan waist nipper. Pemakai cuma perlu menyarungkan brassiere dan girdle, seterusnya klipkan waist nipper.


Rungutan 3 - Kurang ‘hygienic’

Biasanya bagi pemakai bengkung tradisional tidak boleh menanggalkan bengkung dalam tempoh masa tertentu. Oleh kerana pemakaiannya semula mengambil masa pemakai tidak membukanya apabila ke bilik air! Adakah ini menggalakkan kebersihan?

Premium Beautiful - Memudahkan pemakai menanggalkan korset

Disebabkan mudah memakai dan membuka korset ini, pemakai tidak perlu berterusan memakai korset, termasuklah ke tandas.

No comments:

Post a Comment