Pages

Tuesday, November 29, 2011

~~~SERAH NASIB KEPADA ALLAH,BETULKAH SIKAP INI?~~~

Fenomena biasa yang ada dalam masyarakat melayu adalah buat kerja ala kadar dalam urusan dunia dan memperbanyakkan ibadah supaya kaya di akhirat.Lalu dengan pegangan itu, orang melayu tidak serius dalam membina kekayaan di dunia. Bagi mereka,cukupla sekadar cukup makan.

Hari ini kita boleh lihat keadaan umat islam di negara kita, khususnya orang melayu.Bukan sahaja yang kaya tidak ramai, yang kaya pun belum boleh menyamai bangsa lain.Golongan yang ramai ialah mereka yang hidup sekadar cukup makan, apatah lagi yang bekerja makan gaji. 

Kalau majikan mereka berbangsa asing, sudah tentu gajinya tidak besar kecuali juka ditugaskan sebagai pengarah. Tetapi apabila majikannya bangsa sendiri, kedudukannya lebih tidak menentu. Apabila majikan ada masalah kewangan, keuntungan tidak besar dan pasarannya tidak meluas, boleh jadi gaji pekerja tidak dibayar seperti yang dijanjikan.

"Bersabarlah, kalau kita tidak dapat di dunia pasti kita dapat di akhirat," itulah kata-kata penawar yang akan diucapkan bagi memujuk hati. Tetapi betulkah sikap orang melayu seperti itu yang diajatkan oleh Islam?

Apakah benar orang Islam tidak perlu "sibuk" soal dunia dan melebihkan akhirat?.Betulkah orang Islam perlu mengalah dengan orang bukan Islam lalu tidak perlu bekerja keras untuk hidup?

FIKIR-FIKIR KAN LAH
MARI KITA SAMA-SAMA MERUBAH KEDUDUKAN EKONOMI ORANG ISLAM

LOVE,
ZURA
0172608066

P/S : PENERANGAN LANJUT BOLEH DIBACA DI MAJALAH SOLUSI ISU NO 37 M.S 25

No comments:

Post a Comment